Tuesday, December 29, 2009

alahai qis

Alahai betapa susahnya nak buat qis senyum.maklumlah time tido qis waktu tu, salah mama jugak kan.nak buat macam mana.

Tapi nasib baiklah,ada juga gambar qis senyum,biarpun senyum terpaksa.tu pun puas la mama dgn kameramen 'agah'.apapun kira berbaloi la jugak mama ambil pakej ni,dgn potongan yang diberikan.





Thursday, December 24, 2009

mandi manda@ Gambang water park

bestnya tengok orang mandi, tapi tak dapat mandi pun sebab baby qis takda orang jaga.terpaksalah tengok saja sambil ambil gambar.nantilah suatu hari nanti akan aku mandi jua.

nilah gambar2 yang sempat ambil,layan ajelah,,,






Monday, December 21, 2009

makan-makan

malam minggu lepas kami sempat bawa adik yang datang dari kampung pergi makan malam kat restoren yang biasa kami makan.Restoren ni memang best masakannya dan tempatnya juga sangat selesa.


Itu dia adik bongsuku yang sedang ayik menikmati hidangan makan malam kami.



Ini pula gambar kami yang sudah kekenyangan.



Haikal makan sampai licin.bagus-bagus


Menu hari ini......lupa la pulak, tapi tu tak sampai semua lagi

kami berempat yang bersiap-siap pulang, tapi sempat lagi bergambar

Friday, December 18, 2009

edisi balik kampung




2 minggu lepas aku berada di kampung,sepanjang di kampung sempatlah aku mengunjungi iparku yang baru melahirkan anak sulung.patutnya dia bersalin lambat lagi tapi disebabkan banyak masalah terpaksa bersalin awal.sempatlah qis bergambar bersama sepupunya ini.baby ni nampak kecik sangat bila dok sebelah qis, tapi memang dia kecik pun. lahir baru 2.3kg je.masa gambar ini diambil dia baru umur 14 hari,kira tak jauh la dari masa lahir hari tu barat dianya.opp lupa lak, nama baby ni nurul iman batrisya, sedap namanya kan

yang kat atas tu gambar semasa di kampung,aksi2 anak2 ku semasa berada dirumah mak mertua kat kb.

Wednesday, December 16, 2009

update

baru nak update ni,insyaalah boleh teruskan

Saturday, August 8, 2009

H1N1 story (true story)

Kat sini aku berkongsi cerita sedih dari kiriman kawan tentang cerita benar H1N1.Betapa hebat wabak ini melanda negara kita, dan kita mestilah sama-sama berjaga-jaga.

be careful guys!

High risk infection to person yg smoking, has asthma & others penyakit, children, pregnant woman
Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.
Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen.
Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air Yasin...
Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

Sunday, August 2, 2009

Kelmarin aku telah pergi ke kl.Saja nak jalan jalan sambil shopping.Maklumlah sekarang ni bulan sale.jadi aku tak lepaskan peluang bershopping sambil tu boleh la pergi ke rumah kawan. Kawan aku ni pun ada anak kecik juga , tapi anak dia tua dua bulan dari anak aku.kalau tengokkan macam sebaya je,ye la qis sihat sangat. apa lagi tak lepaskan peluang bergambar bersama2.
Pada malam sebelum tu aku sempat juga pergi pekena sate kajang. Dah lama tak merasa sate kajang sejak tinggal di kuantan ni.Kat kuantan pun ada sate sedap jugak, tapi tak sama dengan sate kajang tu. kami pergi makan adik beradik.Dapatla haikal berjupa dengan ayah cik dan ayah ngah dia.







Sunday, June 28, 2009

My new baby




Ini baby ku yang ke dua.Ku beri nama Nur Rania Qistina. Gambar ni diambil masa majlis aqiqah dan cukur jambulnya.Masa ni, baby baru 28 hari umurnya, tapi tengok gaya macam 2 bulan umur. semangat ...


bahagian depan rumah




ni pun bahagian depan rumah



kolam ikan mini



bahagian tepi rumah


Haikal bersama kolam ikan mini

My Little Garden

Friday, June 19, 2009

my little garden


Tuesday, June 16, 2009

cuti-cuti malaysia



percutianku yang lepas-lepas


Friday, March 6, 2009

yummy...yummy


perfect gift


perfect for wedding "hantaran"



Teddy bear....perfect for birthday party




so nice










Haikal dan sepupu2nya


Tuesday, March 3, 2009